Kerjaya antarabangsa Nabil Fekir

Fekir hanya melakukan satu kemunculan untuk pasukan belia Perancis. Beliau memperoleh kaps pertamanya untuk pasukan bawah-21 dengan menjadi pemain gantian kepada Corentin Tolisso pada minit ke-75 perlawanan play-off kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-21 UEFA 2015 menentang Sweden pada 15 Oktober 2014. Perancis tewas 4-1 pada perlawanan itu dan 4-3 menerusi agregat sekali gus gagal untuk layak ke kejohanan akhir yang berlangsung di Republik Czech.[22][23]

Fekir telah disenaraikan ke dalam skuad Algeria untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Oman dan Qatar pada Mac 2015. Namun, beliau menarik diri kerana beliau ingin mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan Perancis menentang Brazil dan Denmark.[24] Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk Perancis pada 26 Mac 2015 ketika menentang Brazil di Stade de France dengan menggantikan Antoine Griezmann untuk 16 minit terakhir permainan yang tamat dengan kekalahan 3-1 buat Perancis.[25] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis pada 7 Jun 2015 ketika perlawanan persahabatan menentang Belgium yang berlangsung di laman sendiri tetapi Perancis tewas 3-4.[26] Pada 4 September 2015, beliau tampil dalam kesebelasan utama Perancis ketika perlawanan persahabatan menentang Portugal yang menyaksikan Perancis menang 1-0. Dalam perlawanan itu, tiga ligamen pada lutut kanannya telah retak sekali gus memaksanya untuk berehat selama kira-kira enam bulan.[4][27]

Pada 25 Ogos 2016, Fekir dipanggil semula oleh skuad senior buat kali pertama sejak mengalami kecederaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Itali dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Belarus.[28] Namun, nama beliau terpaksa dikeluarkan ekoran mengalami kecederaan pada tiga hari kemudian.[29] Pada 7 Oktober, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bulgaria dengan menggantikan Antoine Griezmann pada minit ke-83 yang menyaksikan Perancis meraih kemenangan 4-1 di Stade de France.[30]

Beliau telah dipilih untuk skuad bagi kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.[31] Beliau beraksi dalam sembilan minit terakhir perlawanan akhir Piala Dunia 2018 menggantikan Olivier Giroud dengan menentang Croatia yang berakhir dengan kemenangan Perancis 4-2.[32]

Rujukan

WikiPedia: Nabil Fekir http://www.espnfc.com/club/lyon/167/blog/post/3227... http://www.espnfc.com/french-ligue-1/story/3261765... http://www.goal.com/en-us/news/465/france/2015/09/... http://www1.skysports.com/football/live/match/2899... http://www1.skysports.com/football/live/match/3109... http://www.soccerway.com/players/nabil-fekir/20885... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.uefa.com/uefaeuro/finals/news/newsid=22... http://www.europe1.fr/sport/ligue-1-le-classement-... http://sport24.lefigaro.fr/football/equipe-de-fran...